Quastma Sdn. Bhd.

Perunding Pembangunan Tanah • Pemaju Hartanah •

QUASTMA SDN BHD

Membina Kepercayaan, Merealisasikan Potensi

Quastma Sdn Bhd diasaskan oleh Shazaeil dan Azrai pada Disember 2012. Kami didorong oleh dua hasrat utama: membina rumah kediaman mampu milik dan memastikan tanah yang terbiar dapat diuruskan dengan potensi pulangan yang optimum.

Kami bermula sebagai pemaju kecil-kecilan di Dungun, Terengganu, bukan dengan modal besar, tetapi dengan usaha, komitmen, dan keyakinan terhadap proses pembangunan yang betul.

Misi Kami

Kami komited membantu pemilik tanah dan pemaju kecil memahami potensi sebenar tanah mereka melalui proses pembangunan yang betul — supaya setiap projek boleh direalisasikan tanpa risiko modal dan mencapai pulangan optimum.

Visi Kami

Menjadi perunding pembangunan tanah paling dipercayai di Malaysia dalam membina nilai jangka panjang untuk pemilik tanah dan pemaju.

FASA 1

Dari Pemaju Kecil ke Perunding Pembangunan Tanah

Perjalanan kami adalah tentang membina keyakinan dan menguasai kepakaran secara tuntas:

  • Projek Sulung, Pembinaan Kepercayaan:
    Kami memulakan langkah dengan membeli dan memecah lot sebidang tanah seluas 1,180 meter persegi di Dungun untuk membina 4 unit rumah berkembar. Disebabkan kekurangan modal, kami mendapatkan pelaburan daripada saudara-mara dan sahabat handai, dan berjaya membina 2 pasang semi-D serta berkongsi keuntungan yang memuaskan.
  • Pengalaman Projek Kecil:
    Seterusnya, kami menggunakan model perniagaan yang sama (bina dan jual) untuk membangunkan projek-projek kecil lain, termasuk rumah berkembar setingkat di sekitar Dungun, Kijal, dan Kemasik.
  • Fasa Mempelajari A-Z Pembangunan Berlesen:
    Pengalaman ini membuka jalan kepada projek 28 unit rumah seterusnya di Dungun. Projek ini adalah ‘sekolah’ kami. Kami menempuh dan menguasai setiap liku-liku dunia hartanah berlesen, termasuk:
    • Kajian kebolehlaksanaan (feasibility).
    • Permohonan Kebenaran Merancang (KM).
    • Urusan Qualified Title(QT) di Lembaga Jurukut Tanah.
    • Kelulusan Bangunan, sehingga kepada urusan APHL di KPKT.

FASA 2

Mencari Penyelesaian & Model Inovatif Kami

Setelah menguasai proses yang rumit ini, kami sedar bahawa kepakaran kami adalah penyelesaian kepada dua masalah utama yang dihadapi oleh ramai pemilik aset berharga:

  • Jurang Ilmu & Modal:
    Ramai pemilik tanah mempunyai aset tetapi terhalang oleh kekurangan modal dan kepakaran untuk pembangunan.
  • Kerumitan Tanah & Undang-Undang:
    Terdapat banyak tanah berpotensi terperangkap dalam isu perundangan, seperti urusan faraid yang tidak selesai, menyebabkan tanah itu beku.

Kisah Ketekunan & Pulangan Tak Disangka: 
Kami pernah bekerjasama dengan pemilik tanah yang berhadapan dengan isu faraid berlarutan dan tiada modal. Melalui kerjasama, kesabaran, ilmu, dan konsultasi terperinci, kami berjaya menyelesaikan urusan yang dianggap mustahil. Hasilnya, tanah itu berjaya dimajukan dan memberikan pulangan yang berlipat ganda (unexpected return) kepada pemilik asalnya. Ini adalah bukti kekuatan proses dan kolaborasi yang jujur.

Dari titik tolak inilah, Quastma menawarkan kepakaran kami untuk menjadi perunding pembangunan tanah, dengan misi untuk menawarkan pengalaman dan proses yang kami perolehi kepada pemaju kecil dan pelabur hartanah.

  • Khidmat Perundingan tanah:
    Kami memahami cabaran masa kini yang dihadapi oleh pemaju kecil. Pengurusan projek pembangunan bukan sekadar mendapatkan kelulusan KM, pelan bangunan, atau lesen APHL dari KPKT. Fasa kritikal bermula dari pemilihan tanah sehingga pelancaran projek—ini adalah inisiatif kami. Kami berkongsi visi bersama pemaju, bukan sebagai ‘tunjuk ajar,’ tetapi sebagai solusi penyelesaian yang menyeluruh dan komprehensif (Total Solution).
  • Model ABKU (Anda Beli, Kami Uruskan, Anda Kaut Untung):
    Kami percaya pelaburan tanah yang strategik seharusnya terbuka luas kepada bakal pembeli tanah di luar sana. Melalui model inovatif ini, kami membuka peluang untuk anda terlibat secara langsung dalam menjayakan projek pembangunan rumah mampu milik. Kami akan menguruskan keseluruhan proses pembangunan hartanah tanpa mengambil sebarang deposit. Model ini dibina sepenuhnya atas dasar kepercayaan, di mana kami hanya layak menerima keuntungan apabila anda telah berjaya menikmati pulangan pelaburan tersebut.

FASA 3

Cabaran dan Peluang (Selangor, Johor, N9 – 2018-Kini)

Pada 2018, kami mengambil cabaran terbesar: menembusi pasaran Selangor, dan kini sedang melebarkan sayap ke Johor dan Negeri Sembilan.

  • Cabaran Tanah Rizab Melayu:
    Lain padang lain belang—apa yang bermula di Selangor memerlukan adaptasi. Kami sedar, undang-undang negeri dan garis kawalan perancangan pembangunan di Selangor yang ketat menjadikan projek adalah cabaran yang berbaloi dan banyak mengajar kami perkara baharu dalam perancangan perumahan, dari aspek pemilihan tanah hinggalah teknikal.
  • Kredibiliti Kami Disahkan:
    Selepas usaha yang konsisten dalam pematuhan dan integriti, Quastma mencapai kejayaan utama:
    Pada Februari 2022, kami berjaya tersenarai dalam Jadual Ke-3 Enakmen Rizab Melayu Selangor.

Pencapaian ini adalah pengesahan kepada kredibiliti kami. Ia membuktikan bahawa Quastma bukan sahaja tahu cara membina rumah, tetapi kami tahu cara menavigasi proses yang paling rumit dengan sah dan beretika.

Ringkasan Pantas

  • Ditubuhkan: Disember 2012
  • Pengasas: Shazaeil & Azrai
  • Fokus: Pecah lot, pembangunan skala kecil, pengurusan faraid, model ABKU
  • Pencapaian: Tersenarai di Jadual Ke-3 Enakmen Rizab Melayu Selangor (Feb 2022)

Nilai Teras

Kualiti • Sistematik • Kepakaran • Ketelusan

Kenapa Pilih Kami?

  • Total solution consulting (dari kajian pasaran hingga jualan)
  • One-stop ecosystem: arkitek, kontraktor & agensi hartanah
  • Kepakaran dalam pecah lot & pembangunan skala kecil
  • Proses pantas & mudah untuk pemaju kecil

Siapa Kami Bantu?

  • Pemilik tanah tanpa modal
  • Pemilik tanah mencari rakan JV
  • Small & medium developers
  • Pelabur hartanah mencari pulangan praktikal

Team

Quastma diterajui oleh pasukan perunding, arkitek dan pengurus projek yang berpengalaman:

MOHD AZRAI
Pengarah
MOHD AZRAI
Pengarah
SHAZAEIL NASWAD
Pengarah
SHAZAEIL NASWAD
Pengarah

Compare listings

Compare